Apa Pendapat Anda Mengenai Windows 8?


Kepada yang mengikuti perkembangan microsoft windows, mesti ada yang dah mencuba Pre-release Windows 8 Customer Review (Termasuk aku). Walau bagaimanapun terdapat kelebihan dan kekurangan Windows 8 ni. Kepada yang belum mencuba, kat sini aku ada sedikit review berkenaan windows 8 ni. Lepas anda habis instal, seperti biasa sistem akan meminta anda restart komputer anda. Apa yang anda akan dapat lihat ialah gambar di bawah ini sebagai pengganti kepada logo windows.
 
1

Aku pun tak tahu apa makna lambang ikan ni dan kenapa ia menggantikan logo windows yang telah lama kita lihat sejak tahun 1995. Masa yang diambil untuk login juga lebih lama berbanding Windows 7. Sebaik sahaja anda selesai login anda akan dibawa ke halaman utama seperti di bawah.

2



Anda boleh memilih warna pilihan anda untuk background start menu anda. Untuk ke paparan desktop anda perlu memilih menu desktop atau menekan kekunci windows pada keyboard anda. Sebaik sahaja anda memasuki paparan desktop, anda akan merasai sedikit hairan kerana button start tiada lagi di tempat yang biasanya berlambang bulat pada sebelah kiri bawah. Jangan risau, button itu sebenarnya disembunyikan. Anda masih boleh mengakses start menu dengan membawa cursor anda pada penjuru kiri bawah atau dengan menekan button windows pada keyboard. Gambar di bawah merupakan paparan desktop secara default.


Lagi sekali aku tak tahu apa maksud ikan ni. Seperti yang anda lihat, memang tiada button start. Banyak kekurangan lain lagi temasuklah untuk mengakses application lain anda perlu menekan button windows + Q untuk ke memilih applikasi anda.

  
Berbeza dengan Windows 7 di mana anda hanya perlu menekan button start. Untuk ke Control Panel atau setting lain, anda perlu menekan button Windows + I ataupun anda boleh juga membawa cursor anda ke penjuru atas sebelah kanan untuk mengeluarkan menu seperti di bawah.

 
Charms appear on the right side of the screen 

Untuk lebih memudahkan anda, anda boleh menekan button Windows + X untuk ke control panel atau menu setting yang lain. Aku mengambil masa selama hampir sejam untuk mencari cara untuk mengakses menu2 yang aku sebut tadi. Lagi satu berkenaan dengan paparan My Computer. Terdapat sedikit perubahan yang mana jika anda lihat ianya sedikit sebanyak menerupai microsoft office 2010.

Banyak lagi sebenarnya, tapi anda boleh merasainya sendiri sekiranya berminat. Apa pun, pendapat aku, Microsoft Windows perlu membuat sedikit pembaharuan supaya lebih mesra pengguna. Ada juga yang mengatakan bahawa Windows 8 ini bukan untuk pengguna, tetapi untuk alat seperti komputer dan lain2. Tak tahu la pula pendapat korang. Cuba dulu baru tahu.

Facebook Comment