Memaparkan catatan dengan label Gambar Menarik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gambar Menarik. Papar semua catatan

Resort Titisan Air - Menukarkan Udara Kepada Air (6 Gambar)

Resort Titisan Air - Menukarkan Udara Kepada Air (6 Gambar)
Perkembangan teknologi pembinaan semakin pesat dengan pembinaan bangunan-bangunan yang menarik untuk dilihat. Resrt titisan air mempunyai bentuk seperti setitis air. Ia menggunakan teknologi solar dan teknologi terkini yang mampu menghasilkan air dari udara. Hampir keseluruhan resort ini diliputi oleh panel suria yang menjadi sumber tenaga utama resort ini. Bahagian bawahnya pula adalah bahagian penyimpanan air yang dirawat dari air laut dan air hujan. Tidak perlu risau kerana anda boleh minum air ini dengan selamat. Bertemakan resort, pengunjung berpeluang merasai pengalaman di spa, akuarium bawah laut, hotel, dan lain2.

 
Read More

Cool: Seni Kretif dari Pensel Warna (10 Gambar)

Cool: Seni Kretif dari Pensel Warna (10 Gambar)
Waktu kecil dulu mesti anda pernah menggunakan pensel warna bukan? Tidak kira la sama ada untuk melukis, mewarna atau menconteng dinding rumah (mesti kene marah lepas tu). Kalau pensel warna itu sudah pendek, mesti anda membuangnya kerana sukar untuk digunakan. Tahukah anda pensel warna yang tidak lagi digunakan boleh menghasilkan rekaan yang menarik seperti ini...

Read More

Kerusi Patah yang Boleh Digunakan (4 Gambar)

Kerusi Patah yang Boleh Digunakan (4 Gambar)
Kerusi ini adalah idea Peter Bristol. Anda mesti tidak percaya jika kerusi ini mampu digunakan seperti kerusi2 yang lain. Rahsia rekaan kerusi Peter Bristol ini terletak pada tapaknya. Tapak kerusi ini membolehkannya digunakan walaupun hanya mempunyai 1 kaki. 3 kaki lain yang direka dengan rekaan seakan-akan kerusi ini benar2 telah patah. Namun masih mampu tegak walaupun hanya tinggal 1 kaki.

Read More

Pagani Huayra: Supercar Berenjin Mercedes 6.0 Liter (11 Gambar)

Pagani Huayra: Supercar Berenjin Mercedes 6.0 Liter (11 Gambar)
Pagani Huayra sebuah supercar yang menggunakan enjin Mercedes-Benz-AMG berkapasiti 6.0 liter twin turbo V12 berkeupayaan menjana 700 kuasa kuda, torque melebihi 740 pound/feet dan mampu mencapai kelajuan maksimum 230 batu sejam.

Mempunyai 7 kelajuan dan menggunakan karbon fiber untuk rekaannya menjadikannya seberat 3,000 pound. Rekaan dalamannya amat menarik. Memang berbaloi kalau nak beli kereta ni...

Read More

Tidur Lebih Lena dengan Kerusi Kepompong (6 Gambar)

Tidur Lebih Lena dengan Kerusi Kepompong (6 Gambar)
Superrette, sebuah syarikat di Luxembourg menghasilkan sebuah kerusi kepompong khas untuk mereka yang selalu tertidur di hadapan TV. Dinamakan kerusi kepompong kerana bentuknya seakan-akan kepompong. Ia sebenarnya kerusi yang digabungkan dengan selimut dan ia mempunyai zip untuk membungkus diri anda ketika tidur macam kepompong. Didatangkan dengan 2 warna iaitu merah dan kelabu. Denhan adanya kerusi kepompong ini, sudah pasti tidur anda akan lebih lena dengan TV yang melihat anda...

Read More