Buah Kuning Telur @ Konikoma

Buah ni agak jarang dijumpai dan pertama kali aku makan. (Kat kampung aku ada tanam pokok buah ni). Rasanya lemak manis. Diberi nama buah Konikoma atau ada yang memanggil buah ini buah kuning telur. Mungkin kerana warnanya seakan-akan kuning telur. Berbiji besar seperti biji ciku dan cara memakannya agak pelik. Anda perlu memeramnya sehingga empuk setelah dipetik. Ianya masak berwarna kuning dan boleh dimakan apabila ianya sedikit lembut. Kulitnya nipis dan isinya sedap dibuat jus bercampur susu. Baunya pun harum. Kat bawah ni ada gambar2 buah ni...

 Ini pokok buah kuning telur

 Ini putik buah kuning telur


 Ini pula buah kuning telur



Facebook Comment