Gadget Dapur (6 Gambar)

Kepada makcik2, kakak2 & tukang masak yang tak pernah jemu memasak untuk dihidangkan kepada orang yang tersayang ataupun pelanggan, kat sini ada beberapa gadget yang boleh digunakan untuk kemudahan kita memasak. Kerja memasak ni memang mengambil masa dan kenalah ada kesabaran bila memasak. Harap gadget2 kat bawah ni dapat membantu anda semua memasak...
 
1
Gadget ni dipanggil, Throwing Knife Block. Sape tukang masak yang nak cuba bakat membaling pisau, bolehlah mencuba sambil2 memasak. Tapi hati2, takut terkena orang lain pulak.


2

Yang ini pulak adalah egg cuber. Boring bentuk telur rebus bulat, boleh cuba bentuk 4 segi pula. Bentuk lain tak pasti pulak aku.

 
3

Ini mesin pembancuh berbentuk arnab ataupun rabit mixer. Perempuan kan suka yang comel2 ni. Jadi memang sesuai la kan.

4
 Gadget ni diberi nama Banana Handle. Bukan pemegang pisang ye. Tapi pemegang berbentuk pisang. Gunanya nak pegang tangkai kuali yang panas macam dalam gambar kat atas ni. Lepas ni tak ada la yang menjerit kat dapur...hehe.

5

Yang ni pula, bagi peminat pac man. Bukan Pak Man ye. Yang ni digelar Pacman Oven Mitts. Digunakan untuk memegang dulang yang panas selepas memasak menggunakan oven atau ketuhar.

6
Untuk menceraikan biji jagung dari tongkolnya memang memakan masa kalau dibuat secara manual. Kan senang kalau ada alat macam ni. Sekali tekan, habis semua tertanggal.



Facebook Comment