Memaparkan catatan dengan label Teknologi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Teknologi. Papar semua catatan

Cara Extend Internal Memory Samsung Galaxy Y

Cara Extend Internal Memory Samsung Galaxy Y

Kepada pengguna smartphone Samsung Galaxy Y mesti selalu hadapi masalah kekurangan memori macam yang aku alami. Tetapi tahukah anda bahawa internal memory atau memori dalaman smartphone ini boleh ditambah tanpa mengubah alatan atau device di dalamnya. Apa yang anda perlukan hanyalah:

1) External Memory Card (2Gb dan ke atas)
2) Perisian berikut:
                    a. CWM
                    b. Link2SD
                    c. Superuser

Mula2 anda perlu muat turun ketiga-tiga software di atas. Dan Instal Link2SD dahulu. Link2SD dan Superuser boleh didapati di Play Store secara percuma. Copy CWM.zip ke dalam memory card (Bukan dalam folder) tanpa extract.

Cara-cara:

1. Galaxy Y anda mestilah di "root" kan supaya anda boleh akses sistemnya.
2. Jika ada fail2 penting, sila backup dahulu.
3. Apa yang kita lakuakan ialah supaya sistem menggunakan external memori card sebagai internal memorinya.
4. Shut down smartphone anda dan reboot ke mode recovery dengan menekan butang Volume Up + Home + Lock.
5. Touch screen tidak berfungsi ketika anda di mode ini. Gunakan butang Volume Up & Down untuk memilih dan Home button untuk pilih.
6. Pilih Apply update from Memory Card dan pilih CWM.zip. Dalam Clockwork recovery mode, pilih Advance. Di skrin, pilih advance and debugging dan pilih Partition SD Card.
7. Pilih saiz yang anda mahu untuk menjadi internal memory.
8. Pada skrin Swap Size pilih 0M dan tunggu sehingga siap partition SD Card.
9. Selepas itu pilih Reboot Recovery dan pilih Reboot System Now.
10. Selepas selesai reboot, pilih Link2SD dan pilih recreate mount script dan pilih ext3.
11. Jika anda menghadapi masalah dengan root, instal Superuser dan allow Link2SD. Kemudian anda boleh mencuba kembali langkah 10.
12. Reboot smartphone anda. Lancarkan Link2SD dan alihkan software yang telah anda instal dengan link ke sd.

* Sekiranya anda lakukan semua langkah2 si atas dengan betul, anda akan mendapati internal memori anda tidak banyak digunakan berbanding dengan sebelumnya. Ini kerana anda telah membenarkan software yang diinstal menggunakan external memory sebagai internal.

Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas, lihat video tutorial kat bawah ni:


Read More

Memperkenalkan Galaxy S4 Active (6 Gambar)

Memperkenalkan Galaxy S4 Active (6 Gambar)
Hari ini, syarikat gergasi dari Korea Selatan (Samsung) telah memperkenalkan peranti Galaxy S4 Active secara rasmi, dan berkongsi spesifikasi penuh yang didatangkan bersama-sama dengannya. Samsung Galaxy S4 Active memfokuskan kepada kalis air dan debu (IP67). Perkara ini dijayakan oleh rekabentuk yang menutup pelbagai ruangan, membolehkan peranti tersebut dilindungi didalam air sehingga 1 meter selama 30 minit. Peranti ini turut sama didatangkan dengan sokongan audio jack yang kalis air, serta membolehkan pengguna merakamkan gambar didalam air.

Dari segi spesifikasi, Samsung Galaxy S4 Active membawakan skrin bersaiz 5-inci, cip pemprosesan empat-teras 1.9GHz dengan sokongan LTE, memori sebanyak 2GB RAM, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, serta dilengkapi dengan sistem operasi Android 4.2.2 Jelly Bean. Peranti ini turut sama menyertakan bateri berkapasiti 2600mAh bersama-sama dengannya. Peranti ini akan ditawarkan di beberapa buah negara terpilih, dan ditawarkan dalam warna kelabu, biru dan juga jingga.


Read More

Charger Solar Berbentuk Pokok untuk Gadget Anda (7 Gambar)

Charger Solar Berbentuk Pokok untuk Gadget Anda (7 Gambar)
Antara alat-alat solar yang terdapat di pasaran, rekaan terbaru yang akan membuat anda teruja adalah satu konsep baru yang direka oleh Vivien Muller. Tidak seperti peranti solar biasa, "pokok solar" yang mempunyai 54 panel photovoltaic mini yang kuat yang bertindak sebagai daun yang menukarkan tenaga daripada matahari kepada kuasa elektrik. Proses pengecasan adalah amat mudah sebagai satu-satunya perkara yang perlu anda lakukan adalah segera meletakkan gadget anda di atasnya dan wayar charger telah dipasang dan terletak di bawah dulang pohon bonsai elektronik ini . Dalam kes anda bosan melihat pokok itu anda juga boleh menukar rupa kerana panelnya boleh diubah. Pendek kata, pokok mini ini menggabungkan gaya dan kemudahan dan boleh menjadi bahan hiasan untuk rumah anda.

 
 

Read More

Febot- Pengecas Bateri Berkuasa Angin (4 Gambar)

Febot- Pengecas Bateri Berkuasa Angin (4 Gambar)
Lekapkan tiub Febot pada tingkap anda dan bateri anda akan dicaj semula oleh kuasa angin. Rekaannya anggun. Mengecas satu bateri AA tunggal yang diletakkan di dalam pemegang berbentuk peluru berpandu yang mempunyai kipas yang berputar apabila ada angin untuk mengumpul tenaga. Seluruh unit melekat kuat pada permukaan kaca dengan cawan sedutan. Ia adalah jenis penjana angin mini comel dan anda akan melihat suasana keseronokan jika diletakkan dengan banyak.

Read More

Kamera Plat Basah Terkecil di Dunia (6 Gambar)

Kamera Plat Basah Terkecil di Dunia (6 Gambar)
Jurugambar Kevin Klein telah membina kamera plat basah terkecil di dunia. Bukan sahaja ia adalah direka dengan cantik, ia sebenarnya berfungsi. Kamera ini mengambil gambar kecil menggunakan kanta cembung berkembar Kevin Salvaged dari koleksinya.

Ia dibina dari 1/32 "papan lapis dan pelbagai bahan-bahan kayu yang lain (pencungkil gigi) dan mengambil ukuran 1/2" plat persegi.


 
Read More

Pesawat Airbus A380 Milik Singapura (12 Gambar)

Pesawat Airbus A380 Milik Singapura (12 Gambar)
Singapura kini memiliki pesawat terbesar di dunia Airbus A380. Selepas penerbangan ke Singapura dan kemudian Lapangan Terbang Changi, pesawat itu membuat penerbangan komersil pertama ke Sydney pada 25 Oktober. Pada pelaburan sebanyak $ 13 bilion, pesawat dua tingkat ini mengambil masa lebih daripada tujuh tahun untuk disiapkan. Pesawat itu telah ditemui sebagai sebuah pesawat yang sangat cekap bahan api yang menawarkan kabin senyap dalam semua jet penumpang yang besar.

Bahagian depan pesawat dilengkapi dengan 12 suite kelas pertama yang mewah dengan setiap kemudahan yang menawarkan elit yang termasuk katil yang sempurna, TV flat screen 23-inci, meja kerja, kerusi lounge, makanan dan minuman. Daripada 12, dua suite istimewa dengan kemudahan katil double. Bagi bisnes class, dek atas menempatkan 60 penumpang di kerusi yang unik yang boleh dibentuk menjadi katil mendatar. Kira-kira 399 kerusi yang ditawarkan untuk kelas ekonomi tersebar di kedua-dua dek, menjamin harga tiket terendah untuk jet akan ditawarkan.

Singapore Airlines menunjukkan minat dalam A380 sejak ianya hanya satu pesawat konsep yang pada September 2000. Bemulanya 10 biji A380 ditempah, telah meningkat kepada 15 dan kemudian 19 pada bulan Julai 2006. Untuk tambahan nilai ini, 19 lagi pesawat termasuk enjin menelan kos $ 5.7 bilion. Airbus bersedia untuk menyiapka tempahan A380 daripada 13 pesawat Singapore Airlines, Emirates Airlines dan Quantas menjelang 2008, 25 pada tahun 2009, dan 45 pada tahun 2010.


 
Read More

Resort Titisan Air - Menukarkan Udara Kepada Air (6 Gambar)

Resort Titisan Air - Menukarkan Udara Kepada Air (6 Gambar)
Perkembangan teknologi pembinaan semakin pesat dengan pembinaan bangunan-bangunan yang menarik untuk dilihat. Resrt titisan air mempunyai bentuk seperti setitis air. Ia menggunakan teknologi solar dan teknologi terkini yang mampu menghasilkan air dari udara. Hampir keseluruhan resort ini diliputi oleh panel suria yang menjadi sumber tenaga utama resort ini. Bahagian bawahnya pula adalah bahagian penyimpanan air yang dirawat dari air laut dan air hujan. Tidak perlu risau kerana anda boleh minum air ini dengan selamat. Bertemakan resort, pengunjung berpeluang merasai pengalaman di spa, akuarium bawah laut, hotel, dan lain2.

 
Read More

Ducati Multistrada 1200S Pikes Peak Special Edition (7 Gambar)

Ducati Multistrada 1200S Pikes Peak Special Edition (7 Gambar)
Ducati memperkenalkan motorsikal terbarunya iaitu Multisrada 1200S untuk pasaran U.S. dan U.K. Motorsikal edisi Pikes Peak ini amat menarik dari segi warnanya yang menggabungkan merah dan hitam. Menggunaka teknologi fiber karbon untuk silencer dari Termignono dan windscreen. Berharga US$22,000 tetapi untuk peminat Ducati di Malaysia tak tahu la model ni sampai sini atau tidak.





Read More

QLOCKTWO - Jam Yang Memerlukan Anda Membaca (15 Gambar)

QLOCKTWO - Jam Yang Memerlukan Anda Membaca (15 Gambar)
Jam yang biasa kita lihat mempunyai nombor yang dapat memberitahu kita waktu. Tidak kiralah jam analog yang menggunakan jarum ataupun jam digital. Kini terdapat jam yang menggunakan abjad untuk menunjukkan waktu. QLOCKTWO memaparkan waktu dengan memberitahu anda dalam bentuk tulisan digital. Susah nak diterangkan. Tengok gambar kat bawah ni, mesti anda faham.

 

Read More

Soultra XL - Sound Berkuasa Solar (5 Gambar)

Soultra XL - Sound Berkuasa Solar (5 Gambar)
Gadget ini amat sesuai bagi mereka yang mencintai alam. Soultra XL mampu memainkan muzik dari iPod dan iPhone anda secara wireless di mana saja anda berada.Anda hanya memerlukan sedikit cahaya matahari. Panel penerima cahaya solar berukuran 75 inci berfungsi sebagai punca tenaga utama mengecas bateri pada gadget ini dan berkemampuan bertahan sehingga 8 jam penggunaan. Percaya atau tidak, gadget ini mempunyai 8 set speaker beserta 2 sub woofer yang hanya menggunakan 22 watt tenaga. Memmpunya skrin penutup untuk mengelakkan iPod atau iPhone anda kekotoran.

 
Read More

Kerusi Patah yang Boleh Digunakan (4 Gambar)

Kerusi Patah yang Boleh Digunakan (4 Gambar)
Kerusi ini adalah idea Peter Bristol. Anda mesti tidak percaya jika kerusi ini mampu digunakan seperti kerusi2 yang lain. Rahsia rekaan kerusi Peter Bristol ini terletak pada tapaknya. Tapak kerusi ini membolehkannya digunakan walaupun hanya mempunyai 1 kaki. 3 kaki lain yang direka dengan rekaan seakan-akan kerusi ini benar2 telah patah. Namun masih mampu tegak walaupun hanya tinggal 1 kaki.

Read More

Tidur Lebih Lena dengan Kerusi Kepompong (6 Gambar)

Tidur Lebih Lena dengan Kerusi Kepompong (6 Gambar)
Superrette, sebuah syarikat di Luxembourg menghasilkan sebuah kerusi kepompong khas untuk mereka yang selalu tertidur di hadapan TV. Dinamakan kerusi kepompong kerana bentuknya seakan-akan kepompong. Ia sebenarnya kerusi yang digabungkan dengan selimut dan ia mempunyai zip untuk membungkus diri anda ketika tidur macam kepompong. Didatangkan dengan 2 warna iaitu merah dan kelabu. Denhan adanya kerusi kepompong ini, sudah pasti tidur anda akan lebih lena dengan TV yang melihat anda...

Read More

Cool: Set Meja Pejabat Mudah Alih oleh Tim Vinke (10 Gambar)

Cool: Set Meja Pejabat Mudah Alih oleh Tim Vinke (10 Gambar)
Meja pejabat mudah alih ini diilhamkan oleh Tim Vinke. Mempunyai tayar untuk memudahkannya dialih dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Berukuran 1500x400x1200 mm, set meja pejabat mudah alih ini mengandungi sebuah meja, soket electrik beserta lampu dan 2 buah kerusi. Selepas digunakan anda hanya perlu memasukkan semua perkakas ke tempat asalnya. Ia juga mudah disimpan berikutan dengan saiznya yang dikecilkan.


Read More

Jam Tangan Rolex Termahal di Dunia (5 Gambar)

Jam Tangan Rolex Termahal di Dunia (5 Gambar)
Sebuah Rolex paling mahal  dijual dengan harga $1.176 juta. Menurut mereka, jam tangan Rolex ini hanya dibuat sebanya 12 unit dan hanya 8 yang diketahui masih wujud bersama pemiliknya. Untuk menunjukkan jam tangan ini amat eksklusif, hanya 5 unit pernah dilelong.

Jam tangan 1942 Rolex Reference 4113 adalah sebahagian daripada koleksi khas jam tangan yang tidak pernah bertujuan untuk dijual di pasaran secara terbuka. Ianya dijadikan sebagai hadiah kepada pemandu berbangsa Itali dan British sebagai fungis chronograph.

Most Expensive Rolex (1)
  Most Expensive Rolex (4) 
  Most Expensive Rolex (5)
Read More