Satu kajian baru menunjukkan hubung kait antara tabiat diet dengan kesihatan otak dan ianya telah menarik minat para doktor untuk meneruskan kajian. Sememangnya kesihatan otak menjadi sesuatu topic yang amat menarik minat para pengkaji dalam bidang perubatan menyebabkan segala masalah mengenai fungsi otak dan faktor2 yang menyebabkan kegagalan fungsinya amat dititikberatkan.
Campuradukkan Segalanya di Sini
Memaparkan catatan dengan label Info Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info Kesihatan. Papar semua catatan
Buah Susu...
Siapa yang pernah makan buah susu? Selain namanya buah susu, ia juga dikenali sebagai buah markisa. Pokok markisa adalah sejenis tumbuhan menjalar. Buahnya sedap dimakan begitu sahaja ataupun dibuat jus. Rasanya masam2 manis. Walaupun begitu, pokok markisa jarang ditemui di Malaysia. (Kalau nak tengok, kat kampung aku ada)
Pokok markisa ini banyak ditemui di Australia, India, Kenya, New Zealand dan Hawaii. Ia ditanam secara komersial di negara2 tersebut. Terdapat dua jenis buah markisa ini. Satu daripadanya berwarna kuning dan satu lagi berwarna ungu kemerahan. Walaupun rasanya lebih kurang sama, tetapi buah markisa kuning sangat sesuai ditanam di Malaysia memandangkan hasilnya lebih banyak berbanding buah markisa yang berwarna ungu. Kepada sesiapa yang tak pernah lihat buah markisa atau buah susu ni, kat bawah ni ada aku sediakan gambar...

Read More
Pokok markisa ini banyak ditemui di Australia, India, Kenya, New Zealand dan Hawaii. Ia ditanam secara komersial di negara2 tersebut. Terdapat dua jenis buah markisa ini. Satu daripadanya berwarna kuning dan satu lagi berwarna ungu kemerahan. Walaupun rasanya lebih kurang sama, tetapi buah markisa kuning sangat sesuai ditanam di Malaysia memandangkan hasilnya lebih banyak berbanding buah markisa yang berwarna ungu. Kepada sesiapa yang tak pernah lihat buah markisa atau buah susu ni, kat bawah ni ada aku sediakan gambar...
Fakta: Kayu Gaharu
Kayu gaharu atau nama lainnya depu, kekeras dan kepang adalah sejenis kayu yang didapati dari pokok karas. Di Malaysia terdapat 5 spesis gaharu iaitu A. malaccensis (gaharu, karas atau depu), A. microcarpa (garu), A. hirta (candan), A. rostrata dan A. beccariana (gaharu tanduk). Gaharu boleh didapati dari pohon dari famili Thymelaenceae, Leguminaceae atau Euporbiaceae. Hasil dari proses penyulinngan kayu gaharu ini menghasilkan minyak yang bermutu tinggi bagi tujuan minyak wangi atau minyak attar dan juga digunakan dalam bidang perubatan.
Pedagang Arab membeli secara terus minyak ini dari kemboja untuk dijadikan minyak attar sebelum dijual di sekitar masjid di Makkah terutamanya pada musim umat Islam menunaikan haji. Jangan2 minyak attar yang dibeli oleh jemaah haji Malaysia juga datang dari Kemboja. Gaharu kerap dijumpai di hutan2 primer & sekunder di Malaysia, Myanmar, India, Indonesia dan Filipina. Hidup di dalam hutan berketinggian 800 meter dari paras laut.
Khasiat Kurma
Kurma atau nama Arabnya tamar amat terkenal di kalangan umat Islam. Berasal dari tanah Arab, pohon ini sesuai tumbuh di kawasan panas kering. Sememangnya buah ini amat banyak khasiatnya.
Antara kandungan pemakanan kurma ialah ia mempunyai protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium. Kandungan protein didalam kurma lebih kurang 2 %, serat hampir 4 % manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 % glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secara semulajadi.
Kurma juga amat baik untuk wanita yang hendak bersalin. Menyusuri kisah Maryam yang hendak melahirkan anaknya Nabi Isa AS. Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
"Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".
Umat Islam digalakkan berbuka dengan kurma bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang mana maksudnya
“Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan”.
Apa ada pada buah betik?
Nama saintifik: Carica papaya
Kandungan: Vitamin A, Vitamin C, kalsium, besi, tiamin, riboflavin, niasan dan kalium
Pokok betik sesuai ditanam secara ladang atau di kawasan tanah pamah. Ianya berbatang agak lembut dan lurus serta kebiasaannya tidak mempunyai cabang. Khasiat dari sebiji betik mampu mengurangkan risiko meghidapi penyakit kanser, penyakit jantung & strok.
Hidangan yang menjadi pilihan peminat buah ini termasuklah jeruk betik dan ulam pucuk betik. Pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam.Selain itu, air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin.
Lagi info tentang betik di sini
Langgan:
Catatan (Atom)



