Fakta: Kayu Gaharu

1 

Kayu gaharu atau nama lainnya depu, kekeras dan kepang adalah sejenis kayu yang didapati dari pokok karas. Di Malaysia terdapat 5 spesis gaharu iaitu A. malaccensis (gaharu, karas atau depu), A. microcarpa (garu), A. hirta (candan), A. rostrata dan A. beccariana (gaharu tanduk). Gaharu boleh didapati dari pohon  dari famili Thymelaenceae, Leguminaceae atau Euporbiaceae. Hasil dari proses penyulinngan kayu gaharu ini menghasilkan minyak yang bermutu tinggi bagi tujuan minyak wangi atau minyak attar dan juga digunakan dalam bidang perubatan. 

Pedagang Arab membeli secara terus minyak ini dari kemboja untuk dijadikan minyak attar sebelum dijual di sekitar masjid di Makkah terutamanya pada musim umat Islam menunaikan haji. Jangan2 minyak attar yang dibeli oleh jemaah haji Malaysia juga datang dari Kemboja. Gaharu kerap dijumpai di hutan2 primer & sekunder di Malaysia, Myanmar, India, Indonesia dan Filipina. Hidup di dalam hutan berketinggian 800 meter dari paras laut.

Kerap dijumpai di dalam hutan yang mempunyai taburan hujan sekitar 2000mm - 3000mm setahun dan bersuhu sekitar 20 -35 darjah celsius. Pohon yang menghasilkan kayu gaharu ini mempunyai ketinggian antara 20 - 40 meter dan mempunyai diameter mencecah 60 cm. Ia mula berbuah setelah mencapai usia matang 5 - 6 tahun. Boleh dibiak melalui biji benih. Sesuai dengan namanya gaharu bermaksud wangi, minyak dari kayu ini digunakan sebagai ibu minyak wangi untuk menghasilkan minyak wangi yang bermutu tinggi.

2 

Facebook Comment