New Delhi - Seorang lelaki di India mengahwini seekor anjing betina dalam sebuah upacara Hindu untuk menebus dosanya membaling 2 ekor anjing dengan batu sehingga mati. P. Selvakumar mengahwini anjing yang dipakai sari dan dipilih oleh ahli keluarganya senditi. Anjing betina itu dimandikan sebelum upacara berlansung pada hari Ahad di kuil Hindu di Tamil Nadu.
Selvakumar,33 memberitahu pemberita bahawa dia sengsara selepas membaling dua ekor anjing sehingga mati dan kemudiannya menggantungnya pada sebatang pokok 15 tahun yang lalu.
"Selepas kejadian itu kaki dan tangan saya lumpuh dan saya kehilangan deria pendengaran pada sebelah telinga," katanya. Untuk menghapuskan sumpah yang dianggap menimpa dirinya, dia merelakan diri untuk berkahwin dengan seekor anjing.