Perhatian Kepada Pengguna Laptop

1

Entry kali ni khas buat pengguna laptop. Sebelum adanya laptop atau portable komputer, desktop menjadi igauan kepada pengguna kerana ianya amat berat untuk dibawa ke mana2. Sehinggalah tercetusnya idea meminimumkan saiz komputer kepada saiz yang portable di samping mempunyai ciri2 yang sama dengan komputer biasa.

Sehingga kini laptop menjadi rebutan terutamanya kepada pelajar2 sama ada untuk menyiapkan tugasan ataupun bersosial. Tetapi, tahukah anda, laptop juga boleh membawa maut sekiranya tidak digunakan megikut cara yang betul. Tak percaya?? kita ikuti kisah di bawah:


Sepasang suami isteri kehilangan anaknya berusia 25 tahun dalam kebakaran di rumah mereka pada 4 Jun. Anak mereka mempunyai ijazah MBA graduan University of Wisconsin-madison 2 minggu lalu pulang ke rumah untuk seketika. Dia makan tengah hari bersama bapanya di rumah sementara menuggu ibunya pulang ke rumah. Sebelum pulang ke hostel, dia mengambil keputusan untuk tidur seketika memandangkan ibunya masih belum pulang. Tak lame selepas itu, jiran mereka menghubungi 911 kerana ternampak asap tebal di rumah mereka.

Malangnya, anak mereka yang berusia 25 tahun itu maut dalam kebakaran dan kes ini disiasat selama beberapa hari untuk mengetahui sebab kebakaran berlaku. Apabila siasatan selesai, keputusan menunjukkan kebakaran bermula dari laptop yang diletakkan di alas tilam. lelaki berusia 25 tahun itu bukan mati akibat terbakar, sebaliknya mati akibat terhidu asap beracun carbon monoxide.

Kes ini menunjukkan laptop yang digunakan di atas tilam berpotensi untuk menyebabkan kebakaran. Kepada yang gemar menggunakan laptop atas tilam beringatlah sebelum terlambat. Gunakan cooler sebagai alas supaya dapat memastikan pengaliran haba yang baik.

Facebook Comment