Charger Solar Berbentuk Pokok untuk Gadget Anda (7 Gambar)

Charger Solar Berbentuk Pokok untuk Gadget Anda (7 Gambar)
Antara alat-alat solar yang terdapat di pasaran, rekaan terbaru yang akan membuat anda teruja adalah satu konsep baru yang direka oleh Vivien Muller. Tidak seperti peranti solar biasa, "pokok solar" yang mempunyai 54 panel photovoltaic mini yang kuat yang bertindak sebagai daun yang menukarkan tenaga daripada matahari kepada kuasa elektrik. Proses pengecasan adalah amat mudah sebagai satu-satunya perkara yang perlu anda lakukan adalah segera meletakkan gadget anda di atasnya dan wayar charger telah dipasang dan terletak di bawah dulang pohon bonsai elektronik ini . Dalam kes anda bosan melihat pokok itu anda juga boleh menukar rupa kerana panelnya boleh diubah. Pendek kata, pokok mini ini menggabungkan gaya dan kemudahan dan boleh menjadi bahan hiasan untuk rumah anda.

 
 

Read More

Febot- Pengecas Bateri Berkuasa Angin (4 Gambar)

Febot- Pengecas Bateri Berkuasa Angin (4 Gambar)
Lekapkan tiub Febot pada tingkap anda dan bateri anda akan dicaj semula oleh kuasa angin. Rekaannya anggun. Mengecas satu bateri AA tunggal yang diletakkan di dalam pemegang berbentuk peluru berpandu yang mempunyai kipas yang berputar apabila ada angin untuk mengumpul tenaga. Seluruh unit melekat kuat pada permukaan kaca dengan cawan sedutan. Ia adalah jenis penjana angin mini comel dan anda akan melihat suasana keseronokan jika diletakkan dengan banyak.

Read More

Motor Siput (3 Gambar)

Motor Siput (3 Gambar)
Pereka berbangsa Sepanyol, Marc Graells Ballve telah tampil dengan konsep kreatif yang diilhamkan oleh alam semula jadi yang melindungi motosikal atau skuter anda dari dicuri dan cuaca buruk. Sama seperti siput menggunakan cangkerangnya untuk menyembunyi diri apabila dalam bahaya, "cangkerang" 486 bertindak sebagai perlindungan yang menyimpan motosikal supaya selamat daripada bahaya dengan menutup sepenuhnya. Konsep ini kelihatan cukup kukuh dan akan menjadi sangat berguna dan praktikal pada musim hujan.

 
 

Read More

Beg-to-Trolly (6 Gambar)

Beg-to-Trolly (6 Gambar)
Pereka pelajar Israel, Gilli Kuchik mengilhakan konsep beg tangan wanita yang boleh dilipat dan ditukar menjadi troli. Satu reka bentuk sesuai untuk kaki shopping. Ia juga mesra alam kerana ia mengurangkan keperluan untuk beg plastik. Roda direka khas dengan kemas bersesuian denagan bentuk beg tangan itu.

Pereka beg tangan ini jelas mensasarkan golongan wanita, dengan beberapa pengubahsuaian kecil dan perubahan dalam warna, reka bentuk beg-to-troli juga boleh menjadi beg yang berguna untuk pelancong.


Read More