Kuil Berbentuk Bunga Teratai di India (8 Gambar)
Digelar "Lotus Temple" atau kuil bunga teratai kerana bentuk binaannya seakan-akan bunga teratai yang tumbuh di atas air. Mempunyai 27 kelopak dan kuil ini siap dibina pada tahun 1986. Binaan kuil ini telah banyak memenangi anugerah seni binaan berikutan struktur binaannya yang mungkin paling susah untuk dibina. Fariborz Sahba, Canadian architect of Iranian origin, mengambil masa 10 tahun dalam reka bentuk dan project management software, bersama bantuan dari kumpulan yang terdiri dari 800 orang jurutera, technicians, penggiat seni dan pekerja menyiapkan sebuah bangunan yang paling rumit di dunia. 9 pintunya menjadi pintu masuk ke arah dewan pusat yang mampu memuatkan 2500 orang dalam satu masa. Dewan ini berketingginan 40 meter dan berlantaikan batu marmar putih yang diperolehi dari pergunungan Penteli di Greece. Dikelilingi oleh tasik dan kebun seluas 26 ekar.