Cool: Antara Tangkapan Makhluk Laut Paling Besar (9 Gambar)

1
Bagi seseorang yang selalu memancing atau nelayan mesti pernah mendapat hasil yang tidak diduga. Apa yang menakutkan apabila makhluk yang ditangkap jarang dilihat dan saiznya amat besar. Di bawah ini merupakan koleksi hasil tangkapan yang agak pelik dari segi keabnormalan saiznya.

1. Ikan keli terbesar yang pernah ditangkap -Thailand

Ikan keli besar ini berukuran panjang 9 kaki. Ia mungkin seekor ikan air tawar yang terbesar direkodkan. Penduduk Thai cuba memelihara ikan ini, tetapi ia telah mati dan menjadi makanan orang kampung di sini.

2

2.  Ikan pari terbesar pernah ditangkap -Thailand

Ikan pari bersaiz besar ini adalah seberat 256 kg. Sekumpulan pemancing bertarung hebat bagi menewaskan ikan ini. Ia mengambil masa 90 minit untuk menaikkan ikan pari ini.
3

3. Ikan salmon terbesar pernah ditangkap - California

Ikan ini ditangkap di Battle Creek dan berukuran panjang 51 inci, dan seberat 88 paun. Ikan salmon yang normal hanyalah seberat 20 hingga 30 paun sahaja.
4

4. Belut terbesar pernah ditangkap
 
Sekumpulan pemancing telah menaikkan seekor belut yang beratnya 34 paun, panjang 5 kaki 3 inci dan ukur lilit 15 inci.

5

5. Ikan jerung terbesar pernah ditangkap - Mediterranean

Jerung paus merupakan spesis jerung paling besar. Dilaporkan ikan jerung terbesar pernah ditangkap berukuran 23 kaki panjang tetapi panjang sebenarnya ialah 21 kaki.
6

6. Ketam terbesar pernah ditangkap - Lautan Pasifik Utara

Ketam merupakan hasil tangkapan yang sedap dimakan. Saiz biasanya paling besar pun sebesar sebiji pinggan. Tetapi jangan tidak percaya, ketam terbesar yang pernah ditangkap seberat 15 kg dan sepanjang hampir 2 meter dari hujung ke hujungnya. Ia dinamakan Varanger raja ketam dan kerap digelar "raja ketam merah".
7

7. Ikan Marlin Terbesar pernah ditangkap - Kona, Hawaii

Ini merupakan legendari marlin dari lautan biru Pasifik. Beratnya mencecah 1,656 paun, dan ditangkap pada tahun 1984. Panjangnya 17 kaki dan merupakan marlin terbesar ditangkap di Kona, Hawaii, tetapi hanya kedua terbesar ditangkap menggunakan pancing. Pemancing ikan ini bertarung hampir 2 jam 20 minit untuk menewaskan ikan ini.

8

8. Barracuda terbesar pernah ditangkap - Kepulauan Krismas, Lautan India

Barracuda terbesar berjaya ditangkap pada 11 April 1992. Ianya seberat 85 paun. Memang besar ikan barracuda ni.

9 

Facebook Comment