Buat panduan dan peringatan bagi diriku
dan juga teman yang lain
semoga kita menjadi IBUBAPA yang cemerlang dan yang lebih penting dimana
di saat hari tua kita "PERMATA HATI KITA IAITU ANAK -ANAK"
masih setia disamping kita dimana diaast itulah
kita memerlukan kasih sayang yang lebih dari
ANAK...
Semoga ALLAH memberkati kehidupan yang dikurniakan rezeki yang diberikannya...
amin.
semoga kita menjadi IBUBAPA yang cemerlang dan yang lebih penting dimana
di saat hari tua kita "PERMATA HATI KITA IAITU ANAK -ANAK"
masih setia disamping kita dimana diaast itulah
kita memerlukan kasih sayang yang lebih dari
ANAK...
Semoga ALLAH memberkati kehidupan yang dikurniakan rezeki yang diberikannya...
amin.
APA PUNCA ANAK DERHAKA
Sabda Rasulullah s.a.w. "
Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun
. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak
apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas
tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai
pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan
muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif.
.. . itu salah...
"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan
tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.
Kala umur mereka 14
hingga 21 tahun jadikan kawan .
Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan
ini menyebabkan anak derhaka".
Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium
tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak
menderhaka . "Saya pernah
tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan.
Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa
tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh
tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka,
dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak
rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur,
pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak
tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan
kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada
mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang
ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka
". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...
DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan
rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau
menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa
dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa
anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak
berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil
endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang
tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata
dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat
mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang
samseng, ia sudah tentu membawa padah.
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa
caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita
derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah
kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik
ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah
ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta
maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya.
Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak
tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku
setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar,
selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan
kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana
pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni
dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka
bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."
HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak
dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan
ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh
utamakan
ibu dahulu.. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun
sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya
tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada
yang mengarut tetapi jangan melawan di depanmereka. Sebenarnya golongan
nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira
kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."
USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau
mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang
anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu,
ada
menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil
berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf
mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan
emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri
kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.
"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga
suami.. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak
dan
ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke
atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail.
Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak
ada di
rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan
Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya
suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik,
isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi
Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata
ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak,
lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak
mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan
dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim
tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya
sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.
Ada
sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk
mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak
anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu
menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang
membezakan antara winners dan losers
Adalah mudah iaitu:-
Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan
orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.Tips;
1. Mulakanlah hidup
anak anda dengan nama panggilan yang baik.
Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan
merasa rendah diri.. (Dalam Islam sendiri nama panggilan
yang baik adalah digalakkan).
2. Berikan anak anda
pelukkan setiap hari (Kajian
menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg
lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
3. Pandanglah anak
anda dengan pandangan kasih sayang
(Pandangan ini akan membuatkan
anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
4. Berikan peneguhan
setiap kali anak anda berbuat kebaikan
(Berilah pujian, pelukkan,
ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan
yang dilakukannya) .
5. Janganlah mengharapkan
anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara
berterusan , mereka hanya kanak-kanak
yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami
setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6. Apabila anda berhadapan
dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga
(Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus
berlalu dan tak akan kembali).
7. Di dalam membesarkan
dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh
. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8. Dengarlah cerita
anak anda, cerita itu
tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran
anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk
bercakap)
9. Tenangkan anak
anda setiap kali mereka memerlukannya .
10. Tunjukkan kepada
anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri
. Mereka akan menirunya.
11. Buatkan sedikit
persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya
..
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.
Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg
dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang
lain).
12. Kemungkinan anak
kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin
memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali
.
13. Luangkanlah masa
bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda
berjalan dengan mereka .
Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan
andasuami isteri.
14. Dengarlah mimpi
ngeri anak-anak anda . Mimpi
ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka..
15.. Hargailah permainan
kesayangan anak anda . Mereka
juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.
Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak.
Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan
anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
17. Terimalah yang
kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna
. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18. Jangan selalu
membawa bebanan kerja pejabat ke rumah.
Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting
daripada keluarga.
19. Anak menangis
untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect
sahaja . Bagaimanapun dengarilah
mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila
rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak
mereka sendiri..
20. Anak-anak juga
mempunyai perasaan seperti anda
.