Cool: iPhone 4S baru dari Apple

sprint iphone 4s 
KUALA LUMPUR: Gergasi teknologi, Apple Inc mengumumkan telefon pintar terbarunya, iPhone 4S pada majlis pelancaran di California awal pagi ini.

IPhone 4S dilengkapi dengan kamera 8 megapiksel, rakaman video 1080p definisi tinggi (HD), memori 1GB RAM, pemprosesan dwi teras A5 seperti yang terdapat pada iPad 2 yang membuatkannya beroperasi dengan lebih pantas serta grafik permainan video tujuh kali lebih pantas daripada iPhone 4.
Selain itu, Apple turut memuatkan aplikasi ‘pembantu peribadi’ baru diberi nama Siri, yang memberi respon kepada soalan dan arahan lisan seperti, “Do I need an umbrella today?“ (Adakah saya memerlukan payung hari ini?), sebelum telefon pintar itu memaparkan ramalan cuaca semasa.

Telefon pintar baru ini juga dilengkapi dengan perisian mudah alih baru, IOS 5, yang berupaya untuk menyelaraskan kandungan tanpa perlu menghubungkan telefon kepada Mac atau Windows. IPhone 4S akan mula dijual pada 14 Oktober ini di Amerika Syarikat, Kanada, Australia, UK, Perancis, Jerman dan Jepun manakala di negara lain bermula 28 Oktober.

Di Amerika ia dijual pada harga USD199 (RM645) untuk model 16GB, USD299 (RM965) untuk model 32GB dan USD399 (RM1,287) untuk model 64GB, dengan kontrak selama dua tahun.


Facebook Comment