Cara Extend Internal Memory Samsung Galaxy Y

Cara Extend Internal Memory Samsung Galaxy Y

Kepada pengguna smartphone Samsung Galaxy Y mesti selalu hadapi masalah kekurangan memori macam yang aku alami. Tetapi tahukah anda bahawa internal memory atau memori dalaman smartphone ini boleh ditambah tanpa mengubah alatan atau device di dalamnya. Apa yang anda perlukan hanyalah:

1) External Memory Card (2Gb dan ke atas)
2) Perisian berikut:
                    a. CWM
                    b. Link2SD
                    c. Superuser

Mula2 anda perlu muat turun ketiga-tiga software di atas. Dan Instal Link2SD dahulu. Link2SD dan Superuser boleh didapati di Play Store secara percuma. Copy CWM.zip ke dalam memory card (Bukan dalam folder) tanpa extract.

Cara-cara:

1. Galaxy Y anda mestilah di "root" kan supaya anda boleh akses sistemnya.
2. Jika ada fail2 penting, sila backup dahulu.
3. Apa yang kita lakuakan ialah supaya sistem menggunakan external memori card sebagai internal memorinya.
4. Shut down smartphone anda dan reboot ke mode recovery dengan menekan butang Volume Up + Home + Lock.
5. Touch screen tidak berfungsi ketika anda di mode ini. Gunakan butang Volume Up & Down untuk memilih dan Home button untuk pilih.
6. Pilih Apply update from Memory Card dan pilih CWM.zip. Dalam Clockwork recovery mode, pilih Advance. Di skrin, pilih advance and debugging dan pilih Partition SD Card.
7. Pilih saiz yang anda mahu untuk menjadi internal memory.
8. Pada skrin Swap Size pilih 0M dan tunggu sehingga siap partition SD Card.
9. Selepas itu pilih Reboot Recovery dan pilih Reboot System Now.
10. Selepas selesai reboot, pilih Link2SD dan pilih recreate mount script dan pilih ext3.
11. Jika anda menghadapi masalah dengan root, instal Superuser dan allow Link2SD. Kemudian anda boleh mencuba kembali langkah 10.
12. Reboot smartphone anda. Lancarkan Link2SD dan alihkan software yang telah anda instal dengan link ke sd.

* Sekiranya anda lakukan semua langkah2 si atas dengan betul, anda akan mendapati internal memori anda tidak banyak digunakan berbanding dengan sebelumnya. Ini kerana anda telah membenarkan software yang diinstal menggunakan external memory sebagai internal.

Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas, lihat video tutorial kat bawah ni:


Read More