Di Mana Kanak2 Tidur

where children sleep 1 
Jurugambar James Mollison telah pergi merantau seluruh dunia untuk melihat bagaimana kehidupan kanak2 dan di mana mereka tidur. Dia merasa sungguh terperanjat kerana kebanyakan dari mereka terlalu miskin untuk memiliki satu bilik tidur, dan perbezaan antara mereka amat ketara. Perkara ini mengejutkan semua orang.

where children sleep 2 
Lamine, 12 tinggal di Senegal. Dia tidur dalam sebuah bilik bersama beberapa orang kawannya, dan katil2 mereka menggunakan batu bata sebagai kaki katil. Dia bekerja di ladang sekolah, di mana mereka belajar cara menggali, menanam jagung, dan sebagainya. Pada masa lapang dia suka bermain bola sepak.

where children sleep 4 
James, 9 tinggal bersama keluarga di penthouse yang terletak di 5th Avenue, New York. Dia mahu menjadi seorang peguam seperti bapanya jadi dia mendapat pelajaran di sekolah yang berprestij. Selain itu dia menyertai judo dan kelas berenang.

where children sleep 5 
Indira, 7 tinggal bersama keluarga di Nepal. Di rumah mereka hanya ada satu bilik di mana kanak2 berkongsi satutilam yang besar. Dia bangun awal pagi dan bekerja 6 jam sehari. Dia juga pergi ke sekolah tetapi bercita-cita ingin menjadi seorang penari.

where children sleep 6 
Kaya, 4 tinggal bersama keluarga di apartment kecil di Tokyo, Jepun. Biliknya dipenuhi dengan pakaian dan anak patung. Dia mempunyai 30 helai baju, 30 pasang kasut dan beberapa rambut palsu. Kaya ingin menjadi kartunis pabila dewasa.

where children sleep 11 
Roathy, 8 tinggal di Phnom Penh di Cambodia.Tempat membuang sampah mejadi rumahnya, dan tayar terbuang menjadi tilamnya. Dia bangun pagi pukul 6 pada setiap hari dan mula bekerja mencari tin dan botol plastik untuk dijual di syarikat kitar semula. Dia hanya makan sekali sehari.

Macam mana? Jauh kan perbezaan antara diorang ni. Kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada dan janganlah kita lupa dengan nasib orang yang x berkemampuan.

Facebook Comment