Selamat Hari Raya Aidilfitri

 

Di kesempatan ini GMA ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. Segala salah silap selama GMA membuat entry di blog ini, GMA menyusun 10 jari memohon ampun maaf sekiranya ada yang tidak selesa, tersalah kata, tersilap bicara atau terguris perasaan.

Ramadhan yang berlalu diharap dapat memberikan seribu satu pengertian sepanjang sebulan kita berpuasa. Di samping kita bergembira di hari raya ini janganlah kita lupa akan saudara2 kita yang tidak bernasib baik walau di mana mereka berada.

Kepada semua follower2 GMA, jutaan terima kasih diucap atas sokongan anda semua. Semoga sokongan anda berterusan untuk menjadikan blog ini lebih meriah dan lebih menarik dari masa ke semasa.
Sekali lagi GMA ingin mengucapkan, Selamat Hari Raya Adilfitri, Maaf Zahir & Batin..



Facebook Comment