The King’s Walkway - Laluan Paling Bahaya di Dunia

The King's Walkway boleh diaggap sebagai laluan pejalan kaki yang amat mencabar dan amat berbahaya. Laluan ini terletak di El Chorro, berhampiran Aloga di Malaga, Sepanyol. Laluan ini tidak sesuai untuk orang yang takut akan ketinggian (alto-fobia) dan amat sesuai untuk orang yang sukakan cabaran. Laluan ini mula dibuat pada tahun 1901 dan mengambil masa selama 4 tahun untuk disiapkan.

 
Binaan ini menitikberatkan Faktor semulajadi selain menjadi jalan perhubungan antara Chorro Falls dan Gaitanejo Falls terutama bagi mengangkut bahan2 untuk penyelenggaraan.
 

 

 
Laluan pejalan kaki ini juga merupakan laluan pekerja pembinaan loji penjanaan kuasa hiroelektrik. Laluan ini mendapat nama "The King's Walkway" kerana laluan ini telah dirasmikan oleh Raja Alfonso XIII pada tahun 1921.
 

 

 
Kelebaran laluan ini adalah 1 meter (3 kaki 3 inci) dan berketinggian 300 meter dari paras sungai. Kerajaan telah menutup laluan ini kepada orang ramai berikutan dengan keadaannya yang sudah reput tanpa penyelenggaraan dan laluan ini telah pun mengorbankan 4 nyawa dalam tempoh hanya setahun iaitu tahun 1999 hingga  2000.

 
Walaubagaimanapun kerajaan telah membaik pulih beberapa laluan yang teruk berikutan laluan ini mendapat banyak sambutan bagi penggila aktiviti lasak seperti ini. Anda pula bagaimana? Ada berani??

Facebook Comment