Binaan Menarik Dari Pencungkil Gigi

Binaan dari pencungkil gigi ini dibuat oleh Scott Weaver dan ianya mengambil masa 34 tahun untuk disiapkan. Sebelum ini Scott Weaver pernah berangan ingin menyiapkan binaan pencungkil gigi yang tertinggi dan terbesar di dunia. Struktur yang dahulunya bermula sebagai laluan untuk melancarkan bola ping pong kini berdiri dalam bentuk struktur yang besar yang berdimensi 9 kaki tinggi, 7 kaki lebar dan sedalam 2 kaki. Terdapat juga beberapa laluan bala ping pong dan pintu masuk yang banyak di dalam struktur ini. Ianya telah dinamakan "Rolling through the Bay" kerana ianya merupakan ciri-ciri tempat terkenal di San Francisco seperti Golden State Park, Bay Bridge, Alamo Square, Fisherman's Wharf, the Cable Car tour dan lain-lain lagi. Seluruh struktur memberi satu intipati daripada bandar yang dilihat dari mata Scott. Tidak seperti sturuktur yang lain, struktur Scott tidak begitu mahal kerana pek pencungkil gigi yang mengandungi 750 batang pencungkil gigi kosnya hanya 99 sen. Ia mengambil masa kira-kira 3000 jam kerja dan kira-kira 1 juta pencungkil gigi dengan struktur sebesar ini.

toothpick-san-francisco-1.jpg
toothpick-san-francisco-2.jpg
toothpick-san-francisco-3.jpg
toothpick-san-francisco-5.jpg 

Facebook Comment