Keistimewaan Malam Lailatul Qadar

Sebagai umat Islam yang menjalankan ibadah puasa pada setiap tahun, kita tidak terlepas dari menghadapi satu malam yang amat dinanti. Satu malam yang penuh dengan keredhaan Allah. Satu malam yang ganjaran fadhilatnya lebih baik dari seribu tahun. Seseorang yang beribadah di malam ini seumpama dia melakukan ibadah sepanjang hidupnya.

Itulah malam yang disebut di dalam al-Quran, malam Lailatul Qadar. Di malam ini turunnya para malaikat untuk mendoakan sekalian umat Islam yang bermunajat kepada Allah. Suasana pada malam Lailatul Qadar amat tenang, tidak panas dan tidak pula sejuk. Pada paginya cahaya putih kelihatan tanpa memancarkan pancaran yang terik. Seorang muslim yang beribadat dalam tempoh bermula malam sehingga terbit fajar akan mendapat ganjaran yang amat besar di sisi Allah S.W.T.

Akan tetapi, bagaimana untuk memperolehi malam Lailatul Qadar ini. Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Aishah r.a:

Tidakkah anda terfikir, kenapa tidak diberitahu sahaja bila malam Lailatul Qadar akan berlaku. Jawapannya ialah untuk menyeru manusia supaya memperbanyakkan ibadah tanpa mengira masa. Dapatkah anda bayangkan sekiranya diberitahu bilakah masanya malam Lailatul Qadar ini akan berlaku, tidakkah penuh masjid2 di tempat anda pada malam itu dan hanya malam  itu. Umat Islam digesa melakukan ibadah bukanlah kerana ingin mendapat ganjaran semata-mata, sebaliknya lakukanlah ibadah demi untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.


Facebook Comment