Sebelum ini Gerbang ada membuat entry mengenai lubang ke 2 paling dalam di dunia. Kali ini, Dean's Blue Hole telah pun mengalahkan kedalaman Greate Blue Hole dengan kedalamannya 202 - 203 meter berbanding dengan Greate Blue Hole yang hanya sedalam 125 meter. Lubang laut ini terletak di Bahamas, Long Island.
Tiada batu karang atau hidupan laut lain di dalam lubang ini, tetapi sinaran matahari yang terus menerus ke dalam lubang ini menjadikan lubang ini terang dan menarik untuk dikunjungi oleh penggemar aktiviti menyelam.
Sumber: http://aquaviews.net/