Pulau Hashima (Pulau Sempadan) atau lebih dikenali sebagai Gunkanjima (Pulau Kapal Perang) adalah salah satu dari pulau tidak berpenghuni di Wilayah Nagasaki lebih kurang 15 km dari Nagasaki. Pulau ini dihuni pada tahun 1887 hingga 1974 bagi tujuan pelombongan arang batu. Pulau ini dikenali dengan struktur tinggalan konkritnya dan dinding laut di sekitarnya. Sebelum ini pulau Hashima adalah di bawah wilayah Takasima. Pada tahun 2005, ia telah ditadbir sebagai salah satu wilayah Nagasaki.
"Battleship Island" adalah terjemahan bahasa Inggeris bagi nama samaran Jepun untuk Pulau Hashima, Gunkanjima. Nama samaran pulau ini menjelaskan tentang kapal perang, atau gunkan (Jima adalah mutasi shima) kerana dinding lautnya yang tinggi. Ia juga dikenali sebagai Pulau Hantu dan terkenal kerana lombong arang batunya dan operasi mereka semasa zaman perindustrian Jepun. Mitsubishi telah membelu pulau ini pada tahun 1890 dan memulakan projek bagi tujuan menggali semula arang batu di bawah laut. Mereka membina bangunan konkrit besar pertama di Jepun, satu blok pangsapuri pada tahun 1916 untuk menampung jumlah pekerja yang bertambah dan untuk melindunginya daripada taufan pemusnah.
Pada tahun 1959, kepadatan penduduk pulau ini adalah seramai 835 orang sehektar (83,500 orang/km persegi) bagi seluruh pulau atau 1.391 per hektar (139,100 orang/ km persegi) untuk daerah kediaman, kepadatan penduduk yang tertinggi pernah dicatatkan di seluruh dunia. Apabila petroleum mula menggantikan arang batu di Jepun pada tahun 1960-an, lombong arang batu di seluruh negara mula ditutup termasuk Hashima. Mitsubishi secara rasmi mengumumkan penutupan lombing ini pada tahun 1974, dan ia dibiarkan kosong dan terdedah menjadikan pulau ini Pulau Hantu. Perjalanan ke Hashima adalah dilarang sama sekali.