Salam Merdeka untuk Semua

 

Semalam kita menyambut kemenangan setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan. Amacam kawan2, banyak dapat duit raya? Kalau yang budak2 tu mesti seronok pasal banyak dapat duit raya. Yang bakal mak ngan bapak budak pulak xkan nak mintak duit raya juga. haha..
Hari ini pula kita juga menyambut kemenangan. Kemenangan pahlawan2 kita yang berkorban jiwa dan raga mereka demi untuk memerdekakan negara kita dari tangan penjajah. Merdeka... merdeka... merdeka... begitulah laungan kemerdekaan yang terucap di kalangan kita rakyat Malaysia apabila sampai detik 31 Ogos pada setiap tahun.

Bagaimanapun masih ada di antara kita yang tidak tahu apakah maksud sebenar kemerdekaan ini. Adakah dengan kemerdekaan yang kita kecapi ini membolehkan kita membuat apa sahaja tanpa mengira batas agama dan adat? Sudah 54 tahun negara kita merdeka, tetapi masih ada yang fikirannya masih tidak bebas dari belenggu penjajah.

Apa pun pengertiannya, kita sama2 lah berdoa agar kemerdekaan negara kita akan terus berkekalan dan hari ini GMA mengucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan Malaysia ke-54...Merdeka...merdeka...merdeka !!!!


Facebook Comment